Monday, 10 November 2014

Suami rasa sakit bersalin



Sebuah hospital di Jinan, wilayah Shandong memberi kaum lelaki pengalaman unik yang tidak mungkin dapat dilupakan menggunakan simulasi yang membolehkan mereka mengalami rasa sakit bersalin.

Acara diadakan pada 4 November itu dikenali sebagai 'Pain Experience Camp' bertujuan memberi mereka peluang memahami kesakitan dialami wanita ketika melahirkan anak seterusnya lebih menghormati dan menghargai pengorbanan kaum ibu.

Ramai sukarelawan datang bersama isteri hamil yang tidak henti tersenyum melihat reaksi suami mereka itu apabila ada yang menangis sebaik merasa kontraksi dihasilkan mesin yang merangsang otot abdomen lelaki terbabit dengan renjatan elektrik.

Guang Liao, 29, mengakui pengalaman itu benar-benar membuka matanya.
"Isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami dalam tiga bulan dan kami pernah bertengkar kerana saya menganggapnya mengada-ngada. Sebaik terdengar mengenai projek ini, dia terus memasukkan nama kami untuk memastikan saya belajar daripada pengalaman ini.

"Baru beberapa minit saja saya sudah tidak tahan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika terpaksa melaluinya untuk beberapa jam," katanya.
Idea itu diinspirasikan tindakan dua hos rancangan televisyen Belanda yang melalui pengalaman sama selama dua jam, tahun lalu.

Pada Hari Ibu di Nanchang, wilayah Jiangxi, 20 sukarelawan lelaki menyertai rancangan televisyen bagi menyahut cabaran merasai kesakitan dengan renjatan yang semakin dikuatkan sama seperti kontraksi bersalin.

Peserta tunggal yang berjaya melakukannya sehingga tahap terakhir berkata: "Saya ayah kepada kembar tiga dan mahu merasai kesakitan dialami isteri ketika melahirkan mereka. Memang teruk! Saya kini amat menghormati pengorbanan kaum ibu."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7806#sthash.ek3tO2mh.dpuf

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...