#Hiburan: Peka Dengan Keadaan Rakyat, Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran KWSP

Terkenal dengan sikap lantangnya dalam mengemukakan pendapat, penyanyi dan juga usahawan terkenal Malaysia, Mila Jirin tampil menyeru pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang terjejas.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman instagram, Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-5 turut berharap agar kerajaan lebih peka dengan keadaan sekeliling khususnya permasalahan kewangan yang dihadapi rakyat masa ini.

Bukan itu sahaja, pengasas Bizmilla ini juga dilihat tidak segan menghujahkan cadangan mengenai pengeluaran wang tersebut dengan melakukan cara sama seperti moratorium yang diberikan kepada mereka yang terjejas pendapatan, gaji dipotong atau diberhentikan kerja.

Katanya, pengeluaran itu bukanalh atas tujuan untuk bersuka ria semata-mata. Hal ini kerana, ramai dalam kalangan masyarakat kini seakan terdesak dan memerlukan pertolongan.

“Saya mencadangkan, mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara Moratoriaum contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja lah yang difikirkan baik. Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan permulaan atau modal mereka berniaga kecil kecilan. Bantulah mereka wahai kerajaan, rakyat sedang susah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Mila. Malah, mereka juga seakan gembira apabila Mila kini dilihat semakin berani menyuarakan pendapatnya dan menggunakan populariti yang ada dalam membangkitkan isu semasa di laman sosial.

Terdahulu, memetik laporan Gempak, kerajaan khabarnya digesa agar meluaskan lagi bantuan lanjutan moratorium dan menghalusi pengeluaran kemudahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menambahkan lagi kategori golongan yang boleh mendapat faedah berkenaan.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments