Seorang wanita yang bergelar personaliti media sosial ataupun lebih dikenali sebagai ‘Instafamous’ telah berdepan dengan lima pertuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini kerana memiliki produk kosmetik tidak bernotifikasi.
Wanita tersebut dipercayai mempunyai pengikut hampir 245,000 di media sosial Instagram dan didakwa mengikut Peraturan 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Jika sabit kesalahan, personaliti media sosial terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 dan bagi kesalahan seterusnya sehingga RM50,000.
Sekadar info, produk perusahannya telah dikesan tidak bernotifikasi oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
The post Pengusaha Kosmetik ‘Instafamous’ Diheret Ke Mahkamah, Hari Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments