Pelakon yang kini manis bertudung litup, KilaFairy ada ditanyakan media mengenai kehadiran cincin di jari manisnya itu.
View this post on InstagramAdvertisement
Dia yang ditemu ramah wartawan dalam rancangan hiburan Melodi pada hari Ahad yang lalu walau bagaimanapun telah menafikan dirinya sudah dilamar kekasih hati.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jangir itu berkata, cincin di jari manisnya itu memang dihadiahkan kekasihnya namun hanyalah untuk sekadar suka-suka.
“Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah.”
Mengulas lanjut mengenai perhubungannya sekarang bersama teman lelaki, Kilafairy berkata dia serius menjalin ikatan bersama jejaka tersebut.
View this post on InstagramAdvertisement
Pelakon cantik itu sebelum ini ada memberitahu media bahawa dia dan pasangan memang mempunyai perancangan untuk melangkah ke arah perkahwinan namun menyerahkan urusan tersebut kepada teman lelakinya kerana enggan melebih-lebih apabila melibatkan hal seperti itu.
Sekadar info, Kilafairy telah menjalinkan hubungan cinta bersama teman lelakinya kini ketika dia masih berada di bangku sekolah sejak 13 tahun yang lalu.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, Kilafairy kini sedang menjadi muka utama untuk produk kosmetik berjenama Ufora dan sedang berkolaborasi dalam penghasilan produk kosmetik berupa lipmatte Ufora X Kilafairy.
The post Cincin ‘Tanda’ Di Jari, KilaFairy Sudah Dilamar Kekasih? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments