Pelakon popular menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah meluahkan perasaan kesal dengan sikap sesetengah produksi yang culas untuk membayar setelah selesai tugas penggambaran.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam video luahan hatinya itu, Nabila memberitahu bahawa ada produksi yang telah memungkiri janji untuk membayar hasil kerja selepas dua minggu selesai penggambaran.
Tambah anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search ini lagi, pihak berkenaan hanya mendiamkan diri sehingga dia sendiri terpaksa bertanya mengenai soal bayaran tersebut.
View this post on Instagram
“Ikut kontrak, sepatutnya saya dapat gaji 14 hari selepas selesai kerja. Yang paling best, kita pula kena mesej ingatkan fasal bayaram. Kenapa benda ini tak pernah selesai?”
Advertisement
Nabila dalam pada itu menegaskan bahawa sangat tidak gemarkan orang yang mungkir janji dan memberitahu bahawa perkara tersebut boleh diatasi jika masing-masing tampil untuk berbincang mengenai masalah sebenar yang dihadapi sehingga terpaksa melewatkan bayaran.
Menurut Nabila yang mesra disapa sebagai Abil ini lagi, sudahlah melanggar kontrak yang ditandatangani, malah dia terpaksa mendengar pelbagai alasan daripada pihak terbabit.
View this post on Instagram
“Masa nak panggil kita..punya la mengampu, sayang, suka pada talent itu, bukan main lagi. Bila dah dapat, patut tunaikan tanggungjawab, tak dapat buat. Kita dah beri komitmen 100 peratus dan buat kerja sebaik mungkin…”
Berikutan itu, Nabila mengakui dirinya berasa sungguh malu apabila terpaksa bertikam lidah hanya mendapatkan haknya dalam bentuk bayaran gaji.
The post “Masa Nak Panggil Punyalah Mengampu..” Nabila Huda Kesal Sikap Produksi Culas Bayaran Kerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments