#Hiburan: Watak Makcik Fatimah Beri Kemenangan Pelakon Wanita Terbaik Buat Maya Karin Di Peringkat Antarabangsa

Berjaya mengharumkan nama negara selepas merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung di Ramsgate, England dari 11 hingga 14 Jun lalu, pelakon hebat Maya Karin kini seolah bersyukur memenangi kemenangan besar tersebut.

maya karin menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Peringkat Antarabangsa

Menurut laporan Cinema Online, Maya menyandang anugerah tersebut menerusi wataknya sebagai Makcik Fatimah dalam filem ‘Olympic Dream’ yang diarahkan oleh Don Hoe.

“Saya terharu dan berterima kasih kepada juri di Ramsgate International Film & TV Festival dengan anugerah ini biarpun saya tidak meletakkan apa-apa harapan. Mungkin karakter yang saya lakonkan meninggalkan impak kepada juri dan penonton.”

Katanya lagi, dirinya sudah memberikan yang terbaik dalam menjiwai watak yang diberikan untuk filem tersebut.

maya karin menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Peringkat Antarabangsa

“Biarpun tidak ada nama-nama besar dalam filem ‘Olympic Dream’, tetapi saya tetap memberikan yang terbaik kerana saya tertarik dengan watak Makcik Fatimah yang berani dan penuh dengan sifat kasih sayang.”

Maya menerusi posting di laman Instagramnya memaklumkan, filem ‘Olympic Dream’ adalah sebuah filem yang memaparkan semangat negara yang sangat baik. Bagaimanapun dirinya juga masih tidak tahu bila agaknya filem tersebut bakal ditayangkan.

“Namun sukan Olimpik telah ditunda atau mungkin dibatalkan, kita tidak tahu. Saya juga tidak tidak tahu bila filem ini akan ditayangkan.”

Terdahulu, Maya sebelum ini pernah memenangi dua anugerah antarabangsa sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Estepona Fantasy and Terror Film Festival untuk filem Pontianak Harum Sudal Malam 2 dan Asia Pacific Film Festival ke 49 melalui lakonannya dalam Pontianak Harum Sundal Malam.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments