Pelawak dan bekas penyanyi duo, Kumin KU2 baru-baru ini dilaporkan telah digegaskan ke hospital akibat diserang angin pasang setelah mengadu kebas seluruh anggota badan.
Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail,49, dibawa ke Hospital Ampang, Selangor dengan bantuan pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah kira-kira jam 5.50 petang Jumaat kelmarin.
Perkembangan tersebut yang telah dikongsi oleh sahabatnya dan juga pelakon Yank Kassim menerusi ruangan Facebook peribadi miliknya. Yank juga turut meminta doa orang ramai supaya Kumin cepat sembuh dari kesakitannya.
“Badannya kebas.. kena angin pasang dan berlebihan air, dia kini sedang berehat di wad 6D katil 21. Semoga dia cepat sembuh,”
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi yang ditemui turut mengesahkan mengenai perkara itu.
“Ya kumin masih berada di hospital dan sedang dirawat, Alhamdullilah dia berada dalam keadaan stabil. Saya baru sahaja bercakap dengan dia di telefon dan bertanya khabar dia,”
Kumin yang pernah popular sebagai penyanyi duo KU2 bersama Allahyarham Bob Kuman kini aktif melakukan kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.
Sumber: mStar Online.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments