Bertindak menasihati kaum hawa supaya tidak hanya melihat pengorbanan isteri lebih besar dalam rumah tangga sebaliknya cuba bersikap sama rata, nama bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin kini kembali menjadi perhatian netizen.
Menurut Dr. Erin, tanpa kewujudhan lelaki, seseorang wanita itu tidak boleh menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.
“Tanpa Adam yang sudi memperisterikan kita belum tentu kita menjadi permaisuri dan tanpa suami belum tentu kita merasa menjadi seorang Ummi (Ibu). Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumahtangga ni.”
Ujarnya lagi, pasangan suami isteri kebiasaaanya tidak akan mengambil masa yang lama untuk bergaduh dan paling lama hanya enam bulan sahaja.
“Laki bini yang dok gaduh ni paling lama 6 bulan je, ada yang dah rujuk balik dah pun tapi netizen yang dok maki hamun kutuk sampai lebam tu bawak dosa sampai liang lahad.”
Tambah Dr Erin, beralah bukan bereti mengalah malah mengalah pula bukan bererti kalah.
Untuk rekod, Dr Erin sebelum ini mendedahkan kepada umum bahawa hubungan suami isteri antara dirinya dengan Farhan telah berakhir pada 27 April lalu.
Kisah hubungan pasangan tersebut mula mencuri tumpuan apabila Farhan mengakui membuat keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah selepas didatangi 18 wanita.
Lebih perit, terlalu yakin bahawa perkahwinan yang dibina dengan Dr Erin adalah yang terbaik buat dirinya, Farhan bagaiamanapun dilaporkan sanggup menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments