Penyanyi, pelakon dan juga pengacara popularm Alif Satar baru-baru ini ada mengimbas kembali zaman awal kemunculannya dalam bidang seni iaitu ketika menyertai program nyanyian One In A Million (OIAM).
Dia yang pada ketika itu berumur 16 tahun mengakui hanya meinginkan hadiah utama yang ditawarkan iaitu ganjaran wang tunai bernilai RM 1 Juta untuk pemenang utama program terbabit.
Alif yang berkongsi kenangan tersebut di laman instagram miliknya turut menulis panjang lebar momen-momen indah ketika menyertai program tersebut di ruangan kapsyen. Malah, dia turut tidak menyangka yang penyanyi Dayang Nurfaizah turut menyertai pertandingan nyanyian itu.
“Teringat zaman mula-mula dulu, umur masa ni 16 tahun, plan nam masuk ‘One In A Million’ sebab kalau menang dapat sejuta ringgit, boleh bayar nak masuk flying school. Sekali dapat tau Dayang Nurfaizah masuk bertanding sekali, Alif tak menang,”
Meskipun tidak bergelar juara, Alif kini terus maju dalam bidang seni berkat sikap tidak berputus asa dan sentiasa tenang dengan mengadaptasi diri dengan setiap perubahan.
Mengimbas kembali, setelah tamat menyertai program tersebut, Alif terus berkecimpung dan mencipta nama dalam industri hiburan sebagai penyanyi, pelakon dan juga pengacara.
Kini, Alif bahagia bersama pasangannya, Shadila yang dinikahi pada 15 September 2014 yang lalu dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments