Mengumumkan perniagaan burger bakar yang diusahakan olehnya sejak Perintah Kawalan Pergerekan (PKP) itu ditutup bermula 1 Ogos lalu, pelakon Maya Karin meminta agar selepas ini tiada siapa yang akan mengaitkannya dengan mana-mana jenama burger.
Menurutnya, perniagaan burger yang dilakukannya itu hanyaah bertujuan untuk mengisi masa lapang yang terluang ketika PKP.
“Saya juga memberitahu tidak terbabit dengan mana-mana jenama burger. Ditambah, projek burger ini saya mulakan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu untuk mengisi masa terluang.”
Menerusi entri yang dimuat naik di laman instagramnya itu, terpaksa melupakan hasrat untuk meluaskan perniagaan burger bakar yang dirancang sebelum ini. Hal ini demikian kerana, ada pihak seakan sengaja mahu mengambil kesempatan terhadapnya.
Meskipun akur bahawa bertindak melakukan keputusan tersebut, Maya bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci berikutan hal itu.
“Sejujurnya, niat di hati memang ingin memperluaskan perniagaan burger bakar ini, tapi saya dapati ada pihak cuba mengambil kesempatan. Jadi, itu antara sebabnya saya buat keputusan untuk tutup terus.”
Terdahulu, Maya dikhabarkan mengusahakan perniagaan itu secara tidak sengaja selepas seorang rakan memintanya menyimpan alat pembakar dan kiosk besar di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Penchala, Selangor.
Sejak itu, permintaan terhadap burger bakar Maya semakin digilai dan laris dijual sehingga menyebabkan Maya turut berfikir untuk membuka cawangan lain sebagai usaha mengembangkan perniagaan itu.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments