Baru-baru ini foto Nabila Huda bersama seekor serigala baka Husky ketika bercuti di New Zealand mendapat perhatian ramai sehingga menjadi kontroversi dimana dia dikecam teruk oleh netizen.
Bagaimanapun, Nabila menjelaskan tindakannya berkongsi foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dan menyeru agar orang ramai menyayangi haiwan termasuklah anjing. Nabila berkata, dia tahu memegang anjing itu haram tetapi itu bukanlah isu yang harus diperbesarkan.
Anjing adalah makhluk Allah juga, tidak ada masalah pun kita berbuat baik terhadap apa sahaja binatang yang ada. Lagipun, saya dah beritahu yang saya dah samak (sebenarnya adalah sertu).
Saya tak rasa pun saya buat begitu untuk pengaruh semua orang pegang. Saya hanya nak tunjuk sebagai manusia, kita perlulah menyayangi setiap benda yang ada dimuka bumi ini.
Tambah Nabila, dia berpendapat masalah sosial di kalangan remaja zaman ini lebih membimbangkan dan harus diberikan keutamaan berbanding isu dirinya memegang anjing.
Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan mahram berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula. Mereka tak fikir setiap komen itu sebenarnya saya boleh ambi dan buat laporan polis.
Terdahulu, perbuatan Nabila itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang menegaskan agar masyarakat beragama Islam tidak terikut dan meniru aski sedemikian. Menurutnya, tindakan memuat naik foto bersama anjing boleh menimbulkan fitnah buat agama Islam itu sendiri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments