#Hiburan: Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan IVF

Berat sebenarnya ujian dan dugaan buat pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

izzue islam ivf

Mereka sebelum ini memberitahu ingin cuba rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung dan betapa bertuahnya pasangan ini apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu mereka untuk mendapatkan cahaya mata.

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh Tunku Azizah ketika mereka berdua bertemu di belakang pentas, semasa pementasan teater Mak Yong Oktober lalu. Umum mengetahui Raja Permaisuri Agong mempunyai Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang menawarkan penajaan buat pasangan yang terpilih untuk menerima rawatan IVF dalam usaha mendapatkan anak.

tunku azizah izzue islam ivf

Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat. Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu sahaja.

izzue islamMenurut Izzue, sehingga kini dia belum berkesempatan bertemu lagi dengan Tunku Azizah untuk berbincang lebih lanjut mengenai rawatan tersebut memandangkan jadual kerjanya yang padat. Namun, dia dan isterinya telah merancang untuk berjumpa semula dengan baginda pada awal tahun hadapan.

Semoga segala urusan Izzue dan isteri untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan. InshaAllah. Jangan pernah putus asa.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments