#Hiburan: Sudah Dijemput, Suami Lufya Tidak Hadir Majlis Sambutan Hari Jadi Anak

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar pada Sabtu lalu telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya, Laana Haura yang ke 2 tahun. Walaupun sedang menghadapi kemelut rumah tangga, dia tetap mengundang suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz untuk hadir pada majlis tersebut.

lufya omarBagaimanapun, Dr Che Hafiz tidak hadir dan ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan ramai. Tidak berdiam diri, Lufya tampil memberikan penjelasan berkemungkinan suaminya itu tidak dapat hadir kerana sibuk bekerja.

Saya ada ajak tapi dia kata tak boleh datang, mungkin dia sibuk. Saya dah berusaha untuk ajak dia walaupun kami ada masalah yang agak serius. Bia saya fikirkan, tak apa mengalah bukan bererti kalah. Kalau saya mulakan buat sesuatu kebaikan, InsyaAllah akan jadi kebaikan nanti.

lufya omar

Apa saya lakukan demi anak dan Allah SWT. Kiranya, saya tak nak tepikan dia sebagai bapa.

Minggu lalu,  Lufya terkejut selepas Dr Che Hafiz mengubah keputusan enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

View this post on Instagram

Haritu time birthday daddy ada cakap daddy taknak hadiah apa2 kan dari haura. So haura pun taknak hadiah apa2 pun la dari daddy 😅😘 Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu kan dan harini genap dua tahun umur my daughter Lanaa haura. Apa2 pun daddy nak ucapkan Selamat hari kelahiran kepada anak ku Yg tercinta dan daddy mendoakan agar haura sayang menjadi anak yang solehah,berjaya dunia akhirat juga berguna kepada masyarakat dan mampu memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti Insya Allah Amin. Biarpun masa, tempat dan manusia itu menjadi pemisah antara Kita tetapi tidak bermakna kasih sayang daddy terhadap haura itu pudar dan berbelah bahagi. because of you my daughter haura sayang I will keep strong and even stronger than before and please remember I will be always become your warrior till the end no matter what 💪🏻❤👍

A post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka. Pasangan ini berkahiwn  pada 26 November 2016.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Jaydee Mohamad


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments