#Hiburan: (TAHNIAH) Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata ketiga mereka. Wawa mendedahkan dia bakal melahirkan anak ketiganya yang juga bayi perempuan pada awal bulan depan.

aeril zafrel wawa zainal

Begitu teruja untuk menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, Wawa dan suaminya sudah memilih nama Ayasoffya untuk anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi. Difahamkan, nama tersebut diinspirasikan daripada nama sebuah masjid di Turki.

Sejujurnya tak banyak sangat persiapan yang kami buat sebab lebih sibuk dengan persiapan produk.

aeril zafrel wawa zainal timang cahaya mata ketiga

Kami namakan bayi ini Ayasoffya sempena nama masjid berwarna biru ketika melancong di Turki. Seni bina itu sangat cantik, jadi kami buat keputusan untuk namakan dia Ayasoffya.

aeril zafrelAeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,4.

Tahniah kami ucapkan kepada Aeril dan Wawa, mesti bayi perempuan nanti akan mewarisi kecantikan ibunya.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments