Tindakan pelakon Janna Nick yang kerap memuat naik foto bersama pelakon baru berdarah kacukan, Dini Schatzmann mengundang spekulasi mereka sedang dilamun cinta. Bagaimanapun, aktres itu sebelum ini memberitahu mereka hanya sekadar berkawan sahaja.
Terbaru, Janna akui dia dan Dini sedang hangat bercinta dan hubungan mereka mulai serius sekitar bulan Jun lalu.
Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius. Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.
Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini.
Janna jatuh hati dengan keperibadian Dini yang baik hati dan selalu membahagiakannya. Menyifatkan lelaki itu satu dalam sejuta.
Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati.
Berbunga-bunga nampaknya hati Janna, dapat seorang kekasih yang baik hati dan memahami. Apa-apa pun, kami doakan agar hubungan mereka kekal bahagia dan ada jodoh sehingga ke fasa seterusnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments