Terpancar keserasian bersama, gosip percintaan antara penyanyi Siti Nordiana dan Khai Bahar hangat diperkatakan. Ramai yang kata mereka ini bercinta dalam diam tetapi kedua-dua pihak tidak pernah mengiyakan mahupun menafikan khabar angin tersebut.
Bukannya tidak mahu berkahwin lagi, tetapi Nana menyedari banyak hati yang perlu dijaga terutama sekali memikirkan penerimaan keluarga pihak lelaki sama ada mereka boleh menerima atau tidak status janda anak satu yang dipegangnya.
Selain penerimaan anak tunggal saya, apa yang selalu difikirkan jika nak berkahwin baru ialah status diri sebagai janda anak satu.
Sejujurnya, bolehkah keluarga lelaki yang sukakan saya itu terutama ibu bapanya terima status janda anak satu yang saya galas selama ini.
Pernah gagal dalam perkahwinan, Nana berpendapat kebahagiaan rumah tangga bukan hanya berlandaskan cinta dan kasih sayang semata-mata tetapi restu ibu bapa dan keluarga sangat penting dalam perkahwinan.
Restu ibu bapa dalam perkahwinan sangat penting. Apatah lagi, untuk saya yang pernah gagal dalam perkahwinan yang lalu.
Saling mencintai dan menerima di antara saya dengan bakal pasangan sahaja tidak cukup untuk kami layak membina rumah tangga.
Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada 2006. Namun, jodoh tidak panjang apabila bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments