Adat hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian. Penting juga untuk ada hubungan baik dengan jiran, mana tahu kalau satu hari nanti berlaku apa-apa, merekalah orang yang terdekat. Tapi agak bengang dan sakit hati kalau dapat jiran mementingkan diri dan tidak ada adab.
Baru-baru ini, pelakon Tiz Zaqyah menerusi Insta Stories meluahkan rasa terkilan dan berang dengan sikap jirannya yang disifatkan begitu angkuh dan mementingkan diri.
Menurut Tiz, dia baru sahaja berpindah masuk ke rumah barunya tetapi proses mengangkat barang menjadi sukar kerana kereta jiran berkenaan parkir di hadapan rumah sehingga menghalang laluan mereka.
Lebih teruk dan agak makan hati apabila bapa Tiz menegur jiran tersebut, individu berkenaan membalas pertanyaannya dengan angkuh.
Macam-macam perangai orang sekarang ini. Tidak ada langsung rasa ingin menghormati orang lain apatah lagi jiran tetangga. Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat, apa salahnya bertolak ansur agar semua orang dapat hidup aman damai.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments