Beberapa hari lalu, nama Aliff Aziz, kembali menjadi viral di media sosial apabila pelakon dan penyanyi itu ditahan oleh pihak polis Singapura kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk. Malah, tular juga video dimana Aliff kelihatan sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang hendak menggari tangannya.
Susulan insiden tersebut, Aliff menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh ibunya di Facebook, memberitahu apa yang berlaku adalah satu ujian berat. Ini merupakan tahun yang mencabar buatnya dirinya dari setiap sudut termasuk spiritual dan mental.
Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar. Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup.
Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepada dirinya. Buat yang mengecamnya pula, Aliff berkata dia enggan membalas membalas cakap-cakap negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap itu adalah pahala buat dirinya.
Kita tak nampak dosa pahala kita. Begitu juga saya sendiri. Tapi, saya berharap apabila di akhirat kelak kita mendapat ganjaran besar. Walaupun kita tak buat di dunia, tapi cakap-cakap buruk orang terhadap saya adalah pahala untuk saya.
Berbicara mengenai pandangan serta komen negatif netizen yang melabelkan dia ibarat kanak-kanak apabila menghubungi dan menjerit memanggil nama bapanya untuk meminta pertolongan, Aliff berkata ia adalah perkara biasa untuk seorang anak meminta bantuan dari bapa.
Apa pun yang terjadi, malah jika umur saya 40 atau 50 tahun sekali pun dan jika ayah masih hidup, saya akan tetap memanggilnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments