#Hiburan: Anda Generasi Yang Mana?

Mana satu generasi yang menggambarkan anda? Ha, tak kisah yang mana pun, kesemua generasi ini boleh hidup di bawah satu bumbung dalam projek perumahan EcoWorld. Baru bertapak selama 6 tahun di Malaysia, syarikat muda ini telah, sedang dan akan terus membina perumahan, tempat tinggal dan ruang untuk kehidupan dan komuniti merentasi generasi, untuk semua generasi tanpa mengira usia, minat dan apa yang anda lakukan.

semua generasi di bawah projek perumahan ecoworld

Apa itu generasi? Satu generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri. Ia juga menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri. Setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri. Setiap generasi mempunyai kepercayaan, nilai, budaya, perspektif, kegemaran, kemahiran dan tret personaliti yang berbeza terhadap kehidupan, pekerjaan, impian dan cita-cita. Malah setiap generasi juga mempunyai pandangan berbeza tentang rumah yang ingin didiami.

Di zaman serba moden ini, klasifikasi generasi tidak hanya terhad kepada Generasi X, Y, Baby Boomers dan Z semata-mata. Ha, kalau anda tertanya-tanya anda tergolong di dalam generasi yang mana satu, mungkin senarai di bawah boleh membantu.

Gaya Hidup “The Zen Generation”

the zen generation ecoworld

Untuk mereka yang ingin mencari ketenangan minda dan merehatkan badan serta jiwa, kediaman EcoWorld mempunyai ruang riadah luar yang sesuai untuk bermeditasi.

Gaya Hidup “The Explorer Generation”

the explorer generation ecoworld

Untuk anda yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan gemarkan alam semuladi serta pengembaraan. Di perumahan EcoWorld, anda seisi keluarga boleh menerokai taman permainan dan laman hijau yang penuh dengan keunikan dan keajaiban untuk diteroka.

Gaya Hidup “The Ever Learner Generation”

the ever learner generation ecoworld

Tidak dilupakan buat mereka yang sudah berusia namun percaya umur bukan penghalang untuk belajar sesuatu baharu, kewujudan EcoWorld Life Space pastinya membuatkan anda teruja untuk belajar sesuatu yang baharu setiap hari.

Gaya Hidup “The Culinary Generation”

the culinary generation ecoworld

Dengan ruang dapur yang cukup luas untuk membina dapur idaman, mereka yang gemar memasak pastinya gembira dapat menghidangkan masakan sendiri untuk keluarga tercinta setiap hari sambil mencipta memori yang kekal abadi.

Gaya Hidup “The Trend Seeker Generation”

the trend seeker generation ecoworld

Untuk yang sentiasa mengikuti trend terkini, ruang komuniti EcoWorld seperti Ecoworld Labs memberikan anda platform untuk mengekpresikan kreativiti anda.

Gaya Hidup “The Minimalist Generation”

the minimalist generation ecoworld

Untuk anda yang ingin tinggal di dalam rumah dengan ruang tanpa sempadan, kediaman EcoWorld direka dengan kawasan yang luas untuk keselesaan dan kesederhanaan.

Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”

the digital nomad generation ecoworld

Buat anda yang bekerja “on the go”, keadaan sekeliling EcoWorld pastinya memberikan anda lebih tenaga, sekaligus memberikan anda inspirasi untuk idea lebih kreatif.

Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”

the gym rat generation ecoworld

Kaki gim? Suka angkat berat? Suka bersenam? Untuk anda yang sentiasa inginkan hidup sihat, gim komuniti EcoWorld boleh digunakan untuk anda meningkatkan tahap kecergasan anda.

Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”

the nature friendly generation ecoworld

Adakah anda seorang pencinta alam? Setiap residensi di EcoWorld direka dengan laman peribadi sekiranya anda ingin menanam hidupan hijau, sayuran atau herba.

Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”

the pet lover generation

Untuk anda yang ada memelihara haiwan kesayangan, kediaman mesra-haiwan di EcoWorld memastikan si comel anda bukan sahaja menjadi sebahagian daripada keluarga, malah sebahagian daripada komuniti tempat tinggal anda.

Gaya Hidup “The Artistic Generation”

the artistic generation ecoworld

Untuk anda yang berbakat dalam bidang kesenian, kawasan sekitar EcoWorld penuh dengan senibina yang mampu memberikan anda inspirasi.

Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”

the bold creator generation ecoworld

Banyak idea yang baru dan menarik sering bermain di minda? Gunakan Intelligent Space Concept di laman perniagaan EcoWorld untuk menjadikan idea anda satu kenyataan.

Gaya Hidup “The #POTD Generation”

the #potd generation ecoworld

Setiap hari kena ambil gambar dan muatnaik ke Instagram? Ha, anda tergolong di dalam generasi #POTD. Jangan risau latarbelakang di EcoWorld pasti membuatkan gambar anda lebih awesome, lebih cantik dan confirm dapat banyak LIKE.

Gaya Hidup “The Collector Generation”

the collector generation ecoworld

Anda suka mengumpul barangan unik? Risau ruang tidak mencukupi untuk kesemua koleksi anda? Jangan bimbang kerana rumah EcoWorld mempunyai ruang luas yang boleh ditukar menjadi galeri peribadi untuk hobi anda.

Ha, memang menarik kan segala kemudahan, keselesaan dan juga rekaan EcoWorld yang boleh menempatkan kesemua 14 generasi tanpa mengira usia, kerja, hobi dan bakat anda. Senang cakap, sesungguhnya EcoWorld menawarkan tempat tinggal yang sesuai dan lengkap untuk setiap generasi menerusi 5 projek mereka terkini mereka iaitu:-

Brydon

byron ecoworld

Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.

Cora

cora ecoworld

Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.

Hazelton

hazelton ecoworld

Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.

Regent Garden

regent garden ecoworld
http://bit.ly/2OknOxW
Reka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.

Rose | Eco Spring

eco spring ecoworld

Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.

Maklumat lanjut layari laman rasmi EcoWorld


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments