#Hiburan: Mark Adam Belajar Alif Ba Ta Pada Usia 40 Tahun, Netizen Puji Usahanya

Umum mengetahui bahawa penyanyi terkenal iaitu Mark Adam sebenarnya berasal daripada Cebu, Filipina.  Mula menetap di Malaysia sejak tahun 2001 dan kira-kira dua tahun selepas itu, dia telah nekad untuk memeluk agama Islam selain turut berkahwin dengan seorang wanita tempatan.

Usai usia lelaki ini mencecah 40 tahun, dia tidak segan untuk mengaku bahawa dia masih lagi bertatih dalam mempelajari Iqra. Baru-baru ini, dia telah memuat naik satu video di mana dia telah diajar oleh seorang ustaz membaca huruf hijaiyyah itu.

 

 

View this post on Instagram

 

Insyaallah Thank u Ustaz ???

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Menerusi sedutan video pendek itu, Mark mengucapkan terima kasih kerana mengajarnya mengaji selain dapat dilihat pengajar itu membetulkan kesalahan bacaannya.

Rata-rata netizen yang menonton video ini memuji usaha Mark untuk mendalami Iqra walaupun sudah menjangkau usia 40-an.

mark adam belajar iqra

Tak kurang juga, ada peminat yang mengharapkan agar penyanyi yang terkenal dengan lagu Marry Me ini istiqamah dalam perjuangannya mendalami ilmu agama selain berharap agar Allah meredhai usahanya itu.

Ada yang turut berharap dengan perkongsian Mark ini, ramai lagi yang mendapat mesej bahawa tidak terlambat lagi untuk belajar membaca Iqra dan juga al-Quran.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments