#Hiburan: Sharnaaz Ahmad Sedih Terlepas Lihat Anak Membesar Di Depan Mata

Kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila belum lagi reda dan memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor pada September lalu.

sharnaaz ahmad bercerai

Apa yang berlaku memberikan impak begitu besar dalam hidup Sharnaaz dan dia juga dilihat jarang berjumpa dengan anaknya, Jebat Jayden.

Baru-baru ini, Sharnaaz menerusi akaun Twitter meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya itu.

sharnaaz ahmad jebat jayden

Tidak dapat melihat saat-saat paling bermakna Jebat belajar berjalan di depan matanya sendiri.

Rata-rata netizen sebak dengan luahan Sharnaaz dan pada masa yang sama mendoakan yang terbaik buatnya.

sharnaaz ahmadsharnaaz ahmadBersabarlah Sharnaaz, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Harap anda kekal tabah, semoga ada sinar kebahagiaan nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments