Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerima teguran daripada Pencetus Ummah Syed kerana bergambar dengan seekor anjing baka Husky. PU Syed kecewa dengan sikap golongan artis yang semakin menjadi-jadi membuat perkara haram dengan sedar. Menormalisasikan dosa sangat bahaya dan turut mengatakan Nabila tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut kerana bimbang boleh mengundang fitnah kepada agama Islam itu sendiri.
Tidak mahu dirinya terus dianggap membawa pengaruh negatif kepada masyarakat, Nabila menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya membidas teguran PU Syed.
“Masalah awak ni apa?”
Nabila menjelaskan dia memegang Husky dalam keadaan kering dan telah samak selepas itu.
Pada Nabila, setiap apa yang dimuat naik dalam media sosial itu adalah hak individu. Tambahnya lagi, dia merasakan teguran yang diberikan oleh PU Syed itu adalah tidak wajar dan menganggap pendakwah bebas itu hanya ingin meraih populariti sahaja.
“Itu bukan teguran, itu judge. Saya
explain apa yang saya rasa.”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut menyifatkan Nabila tidak boleh menerima teguran secara terbuka. Namun, aktres itu tetap bertegas dengan pendiriannya, hanya meluahkan apa yang dirasakan. Dia juga mempunyai hak untuk bersuara.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments