Kecoh apabila pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah memadam foto dan ‘unfollow’ tunangnya, Razrul Anwar Rulis di Instagram. Pelbagai spekulasi tercetus termasuklah andaian mengatakan hubungan mereka goyah.
Bagaimanapun, ternyata pasangan ini masih saling sayang menyayangi. Masih mesra seperti biasa seperti tiada apa- apa pun yang berlaku.
Menerusi Insta Story, Intan memuat naik videomereka bermanja dan bergurau senda, menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam.
B you bukan nak diet ke.
Ia sekaligus membuktikan kepada semua bahawa cinta mereka masih hangat membara biarpun dihimpit kontroversi panas.
Terdahulu, tular foto mesra mandi laut antara Intan dan Zul Ariffin dimaa pelakon wanita itu didukung dalam keadaan mengghairahkan. Lebih panas lagi apabila pengarah drama Setelah Ku Dimiliki, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.
Bagus betul Intan dapat seorang tunang yang begitu memahami dan tidak cemburu langsung dengan foto panas yang viral. Harapnya hubungan mereka ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya sehingga ke syurga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments