Tampil manis dengan imej berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah, pelakon Amyra Rosli mendapat perhatian netizen. Bagaimanapun, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak menghebahkan mengenai penampilan terbarunya itu.
Tidak mahu salah faham timbul, Amyra berharap peminat tidak keliru jika dia sudah berhijab ataupun tidak. Jelas Amyra, dia masih terikat dengan beberapa kontrak kerja yang memerlukannya untuk memuat naik foto tidak bertudung di media sosial.
Saya tak nak menghebahkan apa-apa dan tak nak secara rasmi cakap saya sudah bertudung. Tapi orang keliru juga sebab watak yang saya bawa sekarang dalam tv pun bertudung. Saya masih lagi ada komitmen yang memerlukan saya untuk muat naik di media sosial yang tak bertudung. Namun bukanlah bermaksud saya kena ambil gambar tak bertudung, ia gambar lama yang pelanggan sudah luluskan dan wajib saya muat naik.
Saya harap semua pihak jangan memaksa atau desak saya untuk cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Saya sendiri mahu mendiamkan diri. Doakan yang baik-baik.
Berkongsi lanjut mengenai dirinya yang kini selesa bertudung, Amyra berkata, keputusan itu datang secara semula jadi dan tidak menolak mungkin sudah sampai serunya untuk dia bertudung sepenuhnya.
Itulah yang ajaibnya, saya tiada niat langsung, tak dapat mimpi apa-apa dan keputusan itu datang secara semula jadi. Apabila balik daripada umrah, ada tetamu datang rumah, saya terus mengenakan tudung.
Ramai orang suka saya bertudung sebenarnya dan saya ambil itu sebagai kekuatan. Namun apa yang saya dapat di Makkah, biar saya saja tahu.
Doakan yang baik-baik buat Amyra dan semoga dia istiqamah untuk menutup aurat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments