#Hiburan: Bekas Suami A. Aida, Ariff Aziz Kini Hangat Bercinta Dengan Wanita Ukraine?

Pasti ramai yang mengetahui bahawa perkahwinana A. Aida bersama pelakon Ariff Aziz sudah hampir tujuh bulan menemui noktahnya. Pun begitu, nampaknya kedua-dua selebriti ini berpisah dengan cara yang buruk. Ada sahaja kata-kata perlian yang dihamburkan oleh kedua mereka terhadap bekas pasangan masing-masing.

Senyap tanpa khabar berita, tiba-tiba Ariff Aziz memuat naik beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita Ukraine yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos.

 

View this post on Instagram

 

Safe flight babe ???. @svetik132015 ..meet you soon..thanks for cheering for my basketball match

A post shared by AriffAziz7 (@ariffaziz7) on

Amboi sweet sungguh! Daripada kapsyen lelaki itu, nampaknya wanita cantik itu telah menemaninya semasa dia menyertai perlawanan bola keranjang.

Semoga perjalanan selamat. Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana memberikan sokongan ketika pertandingan bola keranjang saya.

arif aziz sudah temui pengganti a. aida

Rata-rata netizen yang melihatkan kemesraan Arif dan wanita itu menebak bahawa mereka adalah pasangan kekasih dan duda itu telah pun berjumpa dengan pengganti baru selepas episod dukanya bersama A. Aida.

Kita nantikan sahajalah kenyataan rasmi daripada jejaka tinggi lampai itu. Sama ada memang benar hatinya sudah dicuri oleh wanita Ukraine tersebut.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments