Drama adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan sejak kebelakangan ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton. Bukan sahaja jalan ceritanya menarik, tetapi drama tersebut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong dan ramai lagi.
Sudah lama tidak melihat pasangan suami isteri Amar dan Amyra berlakon bersama, rata-rata netizen memuji lakonan mereka berdua sangat ‘real’ dan penuh emosi sehingga memberikan kesan pada penonton.
“Menangis, macam-macam emosi
tengok drama ni”
Suka pasangan suami isteri berlakon
bersama
Tidak dinafikan, memang menjadi betul lakonan Amar dan Amyra, paling bagus babak bersentuhan dan bermesra tidak akan dipertikaikan kerana mereka sah suami isteri. Dah tengok belum drama ini? Apa pula pendapat korang?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments