#Hiburan: Dah Enam Tahun Hos GV, Takkan Tiba-Tiba Nak Ubah Jadi Alif – Respon Nabil Ahmad Bila Dibandingkan Dengan Alif Star

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengaku ada segelintir peminat yang sering membandingkan dirinya dengan Alif Satar sebagai pengacara. Umum mengetahui, sebelum ini juga ada pihak mengkritik gaya pengacaraan Nabil yang dikatakan berlebihan, membuat lawak tidak sensitif yang ada kalanya mengguris hati orang lain.

nabil ahmad

Bagaimanapun, Nabil berkata dia sedikit pun tidak tersinggung apabila dibandingkan sedemikian rupa. Padanya, masing-masing mempunyai keunikan dan gaya pengacaraan tersendiri.

Saya tak boleh jadi Alif dan dia tak boleh jadi saya. Itu kehebatan dan perbezaan hos masing-masing.

alif satar

Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa. Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif? Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia?

Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri.

nabil ahmad gegar vaganzaNabil juga sangat terbuka menerima kritikan. Mengakui penonton berhak mengemukakan pendapat dan cadangan. Sebenarnya isu ini agak subjektif kerana ia bergantung kepada penerimaan masing-masing. Tidak boleh terlalu membuat perbandingan kerana baik Alif mahupun Nabil mereka mempunyai cara yang berbeza untuk menarik minat penonton.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments