#Hiburan: “Pening, Sakit Kepala” – Emma Maembong Sakit Badan Asyik Lakonkan Babak Jerit Dan ‘Menggila’

Sejak kebelakangan ini, ramai betul yang asyik melekat di hadapan kaca televisyen hampir setiap hari bagi menonton drama “Cemburu Seorang Perempuan”. Nyata pertaruhan yang dibuat Astro untuk mewujudkan slot drama baru pada jam 7 petang itu menjadi!

Setiap episod, pasti ada sahaja babak dan adegan yang membuatkan penonton marah, sedih, geram dan bermacam-macam emosi lagi. Terkesan sungguh semua orang dengan plot cerita “Cemburu Seorang Perempuan” ini.

cemburu seorang perempuan

Paling mengejutkan penonton ialah bakat lakonan yang ditonjolkan oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Tapi paling ‘real’ sekali ialah lakonan gila yang dilakonkan oleh Emma Maembong menerusi watak Emi.

Lakonan cemburunya diiringi dengan babak terpekik terlolong nyata membawa kelainan daripada watak-wataknya yang sebelum ini. Baru-baru ini, Emma telah berkongsi sedutan pendek selepas dia merakamkan babak Emi menggila apabila mendapat tahu bahawa Zik dan Dhia akhirnya telah benar-benar bersama.

Daripada entri itu, Emma kelihatan penat selepas menjayakan babak tersebut. Dia juga menyatakan bahawa dia sakit kepala dan pening kerana asyik terjerit-jerit.

Sakit doh badan.

Kebanyakan penonton memuji lakonan Emi yang sangat menjadi sehingga membuatkan mereka turut geram apabila melihat dia ‘menggila’. Ada juga yang meluahkan bahawa mereka berasa seram melihat Emi menoreh tangan pada episod kelmarin.

Jangan lupa terus saksikan “Cemburu Seorang Perempuan” sehingga ke akhir episod!

Sumber: Instagram


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments