#Hiburan: Semakin Bahagia, Mia Ahmad Sudah ‘Move On’ Isu Suami Curang

Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, pernah menjadi perhatian ramai apabila dia memadam semua gambar bersama suaminya di Instagram dan memuat naik beberapa kapsyen sedih. Pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan suaminya itu berlaku curang.

mia ahmad

Namun, kini Mia mahu membuka lembaran baru dalam perkahwinannya dan enggan lagi memperkatakan mengenai isu curang kerana sudah ‘move on’.

Menurut Mia, dia menganggap perkara buruk yang terjadi itu mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Membuatkan dia banyak muhasabah diri.

Saya dan suami alhamdulillah, kami okey dan baik sahaja dan saya bersyukur. Sebenarnya saya dah tak mahu cakap mengenai benda yang dah lepas sebab saya dah move on.

Cuma apa yang saya boleh katakan, jika kita ditimpa satu-satu musibah tu, kita kena banyak muhasabah diri. Mungkin nampak perkara sebegitu tak baik untuk kita, rasa macam kenapa benda macam ini jadi dekat kita… tapi sebenarnya itulah yang terbaik kerana ia perkara yang boleh ajar kita.

mia ahmad

Paling penting, banyakkan muhasabah diri, sabar dan Insyallah serahkan segalanya pada yang berkuasa

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Saif Issa.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments