#Hiburan: Tiada Ruang Berdamai, Kes Cerai Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berlanjutan

Kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian.

sharnaaz ahmad

Terbaru, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur  menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam), berhubung kes perceraian pasangan tersebut.  Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik  dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

nabila nafkah rm500

Menurut peguam yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar kedua-dua pihak dapat hidup aman damai.

Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula. Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai.

Terdahulu, pelakon tersebut enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu dan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments