Bukan mudah untuk tetap berbaik dengan keluarga mertua apabila sudah bercerai dengan pasangan. Kadang-kadang, punca perpisahan itu disebabkan oleh keluarga mertua sendiri. Atau pun, rata-rata lebih selesa mengelak daripada terus berhubungan dengan bekas keluarga pasangan supaya dapat mengelakkan situasi yang kekok.
Namun begitu, tidak pula bagi Farah Lee yang sehingga ke hari ini masih lagi baik dengan keluarga Ally Iskandar walaupun mereka sudah berpisah pada tahun 2016.
Bahkan, wanita ini masih berhubung elok dengan bekas suaminya sehingga mengakui bahawa dia kini menganggap lelaki itu sebagai abangnya.
Daddy Maream Farah dah anggap macam abang sendiri (abang yang annoying). Ibu Maream Farah anggap macam adik, baik sangat selalu bertanyakan khabar kami berdua di sini.
Menerusi entri Instagram itu juga, Farah meminta agar semua pengikutnya supaya menilai sesuatu kegagalan itu daripada sisi yang positif. Katanya, tidak semua perhubungan akan berakhir seperti apa yang kita inginkan.
Allah maha Adil. Dia tak pernah zalim. Terpulang pada kita nak fokus yang mana.
Luahan hatinya ini telah menerima pujian ramai peminat. Kebanyakan mereka terharu melihat Farah yang langsung tidak menyimpan rasa sakit hati dengan bekas suami mahupun keluarga lelaki itu langsung.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments