Tidak mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang tegap dan umum mengetahui pelakon Hairul Azreen begitu fokus serta berusaha dengan gigih untuk kelihatan lebih ‘muscular’. Hasilnya, dia kini mendapat beberapa tawaran untuk melakonkan filem aksi sesuai dengan bentuk tubuhnya itu.
Namun, ada dakwaan mengatakan Hairul sengaja ingin “menjual” tubuh badannya yang sasa dengan tidak berbaju dalam salah satu babak filem Wira bagi melariskan karya itu.
Bagaimanapun, Hairul menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan babak dia menayang tubuhnya itu adalah demi memenuhi tuntutan watak semata-mata.
Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam.
Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini. Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita.
Kalau tayang pun tidak salah, lagipun itulah juga antara sebab mengapa Hairul laris berlakon dalam filem aksi. Mungkin boleh jadi inspirasi untuk orang ramai di luar sana untuk buat badan agar lebih ‘sado’.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments