Pada Jumaat lalu telah berlangsungnya acara berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Antara selebriti yang mencuri perhatian ramai adalah pelakon Rozita Che Wan yang tampil dengan busana serba kuning. Pada kami, Che Ta pada malam itu kelihatan begitu anggun dan cantik.
Bagaimanapun, ada netizen menyamakan penampilannya Che Ta dengan gaun berwarna kuning itu seperti karakter popular Big Bird dalam rancangan kanak-kanak Sesame Street. Malah, ada juga yang berkata persalinan tersebut sama seperti pulut kuning bertingkat.
Memahami sikap netizen, Che Ta sedikit pun tidak melatah apabila fesyen yang digayakannya menjadi bahan lawak di media sosial.
Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini.
Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama. Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (karakter) burung itu dalam kolaj.
Saya begitu menghormati kreativiti dan kegigihan pereka fesyen. Bukan mudah untuk menghasilkan gaun yang unik dan cantik.
Tidak perlu fikirkan apa yang orang lain kata, apa yang penting tetap maintain vogue. Che Ta kalau pakai apa pun tetap akan kelihatan cantik dan menarik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments