Semua pasti sudah sedia maklum bahawa Neelofa merupakan seorang artis dan juga usahawan berjaya dalam masa yang sama. Bukan sahaja sibuk menguruskan perniagaan hijabnya, malahan kini dia tak menang tangan mengendalikan perniagaan terbaru iaitu susu pisang ‘Nilofa’.
Kerana promosinya yang sangat hebat, sudah ramai yang berpusu-pusu mendaftar sebagai ejen penjual untuk produk susu pisang keluaran pertama di Malaysia ini. Kalau nak tarik pelanggan, mestilah kongsi kebaikan minuman itu kan?
Setelah mendedahkan pelbagai kebaikan kepada minuman ‘Nilofa’ ini, ramai pula netizen yang mempertikaikan kenyataan yang digunakan untuk mempromosi susu pisang tersebut.
Mereka mempersoalkan tentang ketiadaan pisang dalam produk itu bahkan kandungan gula yang tinggi juga bercanggah dengan kelebihan susu pisang yang kononnya sihat itu.
Bagi mereka, produk ini menggunakan ‘false advertising’ bagi menjualnya. Segelintir netizen juga menyatakan tak perlu mempromosikan susu pisang ‘Nilofa’ sebagai minuman kesihatan sebaliknya hanya dijual seperti minuman berperisa yang sudah ada di pasaran.
Tak perlulah tipu pelanggan hanya kerana ingin melariskan produk sendiri. Pengguna sekarang dah bijak tau, satu-satu dia kaji sebelum nak beli!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments