Nampaknya kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon Lufya Omar kian meruncing apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz membuat ‘u-turn’, enggan menceraikannya walaupun sebelum ini lelaki itu mengakui sudah melafazkan cerai terhadap Lufya melalui aplikasi WhatsApp.
Apa yang berlaku betul-betul membuatkan jiwa Lufya sengsara dan nekad untuk meneruskan perceraian. Pintu hatinya sudah tertutup dan tidak mungkin akan rujuk semula dengan suaminya.
Pintu hati saya sudah tertutup untuknya. Tidak mungkin kami akan rujuk semula. Saya tetap dengan keputusan yang sudah dibuat dan tidak akan berpatah balik.
Saya memang keliru apabila dia menukar pendirian tidak mahu bercerai sedangkan sebelum ini dia mengeluarkan kenyataan sudah menceraikan saya ketika ditemubual media.
Menurut Lufya dia sama sekali tidak kisah bergelar ibu tunggal pada usia muda dan sebenarnya sudah lama meneruskan kehidupan baru bersama anaknya. Dia tidak mahu sebarang isu lain timbul dan berharap kes berkaitan rumah tangganya itu dapat diselesaikan secara baik.
Saya sudah mulakan hidup baru sejak dia tinggalkan saya bersama anak. Saya berharap dia jujur pada dirinya sendiri dan tidak memanjangkan kes rumah tangga kami ini.
Tiada kasih sayang dan kesetiaan lagi dalam perkahwinan ini. Biarlah kami berpisah cara baik untuk masa depan anak. Insya-Allah, saya akan menjaga Haura sebaik yang mungkin.
Orang perempuan ini, kalau sekali dia dah jatuh cinta dan sayang pada seorang lelaki, dia sanggup berkorban apa sahaja. Namun, kalau hatinya dihancurkan, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Apa-apa pun, kami harap kes Lufya ini akan dapat diselesaikan dengan baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments