Selepas bercerai dengan bekas isterinya Mawar Karim pada bulan Julai lalu, pelakon Fizo Omar memberitahu buat masa ini dia masih belum bertemu pengganti dan ingin memberikan tumpuan kepada anak tunggalnya, Wan Maryam.
Namun, ia tidak bermakna pintu hati Fizo sudah tertutup untuk bercinta lagi. Dia mempunyai hasrat untuk berkahwin lagi dan dikurniakan rezeki untuk menimang ramai cahaya mata pada masa akan datang. Bagaimanapun, Fizo akui ramai wanita yang takut mendekatinya kerana status duda yang disandang.
Setakat ini, saya belum bertemu pengganti, mungkin kerana saya sendiri tidak berusaha mencari teman hidup. Apatah lagi, fokus ketika ini diberikan kepada Cik Yam (Maryam) dan kerjaya. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, adalah (jodoh).
Semestinya sebagai lelaki, saya mempunyai hasrat untuk berkahwin dan dikurniakan lebih ramai zuriat sebagai teman kepada Cik Yam.
Mungkin juga status duda disandang ketika ini membuatkan ramai yang takut untuk mendekati. Namun, saya enggan tergesa-gesa mencari teman baharu, sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk menentukannya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments