#Hiburan: Neelofa Nafi Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Kembangkan Kerjaya Seni Di Indonesia

Bakal menginjak tiga siri pada tahun hadapan, ada ramai yang membawa mulut dan mengatakan bahawa Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, usahawan wanita itu sendiri telah tampil dan menafikan desas-desus kisah peribadinya itu.

Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok.

neelofa nafi bakal berkahwin tahun hadapan

Jelas tuan punya badan, sekiranya ada perkhabaran yang baik, sudah pasti dia akan berkongsikannya bersama dengan peminat dan orang ramai.

Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.

Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.

Neelofa juga menyatakan bahawa dia dan keluarganya tidak ada perbincangan langsung mengenai hal itu lagi.

Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.

Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Dia juga tidak lupa untuk berkongsi khabar gembira apabila dia menyatakan bahawa dia akan mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia tak lama lagi.

Hebat betul Neelofa ini! Sebelum berkahwin, pastinya dia mahu mencapai segala impiannya terlebih dahulu.

Sumber: ASTRO Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments