Ingat tak kelmarin kecoh apabila Pegawai Eksekutif Pemasaran FINAS iaitu Ahmad Idham telah menggesa pihak kerajaan supaya menapis kandungan yang ditayangkan di laman penstriman popular iaitu Netflix?
Ingatkan netizen sahaja yang marah dengan idea kurang bijaknya itu, rupanya selebriti terkenal iaitu Sharifah Sakinah turut meluahkan rasanya mengenai hal tersebut menerusi laman Instagramnya.
Menurutnya, jika tidak mahu membiarkan anak-anak terdedah dengan kandungan melampau, bolehlah gunakan PIN keselamatan yang disediakan oleh platform Netflix sendiri.
Hari ini, CEO Finas mencadangkan kerajaan untuk menapis kandungan Netflix dimana saya tak bersetuju. Ya mungkin ada kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tapi kita boleh guna PIN keselamatan.
Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, kamu boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan.
Dalam diam, Sharifah Sakinah turut menyindir Ahmad Idham kerana filem keluarannya juga mempunyai adegan yang tidak bertapis langsung.
Kalau kerajaan nak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah zoo negara sekali. Ini tidak adil dan macam-mana aplikasi lain seperti Wechat dan YouTube?
Untuk CEO Finas, saya sangat rindu drama lama awak seperti Cinderella yang memberi inspirasi untuk saya menjadi pelakon. Siapa boleh lupa babak romance dan pegang-pegang, menari-menari yang saya tengok semasa kecil yang tidak bertapis di televisyen.
Amboi, perli sakan ya Sharifah Sakinah!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments