Pernah mengalami detik mencemaskan apabila diserang ‘Anxiety Attack’ iaitu gangguan kebimbangan melampau atau keresahan pada Ogos lalu, pelakon Datin Diana Danielle mendedahkan dirinya kini lebih tenang.
Diana meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat sokongan kuat daripada suaminya, Datuk Farid Kamil untuk melawan gangguan tersebut. Farid sering menasihatinya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan solat setiap kali dia mula terasa hampir terkena serangan itu kembali.
Sekarang saya lebih sensitif dengan badan serta minda dan kalau mood terganggu, saya akan rehat disebabkan tahu tidak okey. Saya juga sudah pandai rasa sebelum ia menyerang kembali. Kalau dulu saya selalu paksa diri untuk terus kerja, tapi senang untuk atasinya sekarang.
Farid suka nasihatkan saya untuk selalu dekati Tuhan, minta bantuan daripada Allah sebab Allah saja boleh bagi panduan. Suami kata kalau penat sangat suruh solat.
Terdahulu, Diana tidak dapat menahan rasa sedihnya selepas di serang Anxiety Attack. Menerusi laman Instagram, dia berkongsi video dirinya menangis teresak esak akibat mengalami masalah sukar bernafas. Gangguan kebimbangan melampau itu juga menyebabkan Diana sukar tidur, jantung berdegup laju, tapak tangan berpeluh dan hilang selera makan.
Menurut Diana perkongsiannya itu bukanlah untuk meraih simpati tetapi demi kesedaran orang ramai agar tidak mengambil ringan mengenai serangan tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments