Kontroversi foto panas dan terlebih mesra antara pelakon Intan Najuwa dan Zul Ariffin nampaknya masih belum reda lagi. Tunang Intan iaitu iaitu Razrul Anwar Rulis enggan memberikan sebarang komen mengenai foto panas berkenaan.
Terbaru, lebih menghangatkan lagi keadaan apabila Intan memadam foto dan ‘unfollow’ tunangnya di Instagram. Hanya satu sahaja gambar mereka bersama dimana Intan meluahkan rasa sayang terhadap tunangnya.
Terdahulu, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut. Dapat lihat Zul mendakap erat heroinnya itu dengan penuh intim ibarat pasangan bercinta “lemas” dalam asmara.
Lebih mengundang kontroversi apabila pengarah drama Setelah Ku Dimiliki iaitu Osman Ali tampil menafikan bahawa aksi itu dilakukan sebagai gimik untuk menaikkan rating naskhah tersebut. Mengesahkan babak mandi itu tiada langsung dalam drama lakonan mereka.
Meskipun pelbagai spekulasi liar timbul dan dihimpit kontroversi hangat, Intan mendiamkan diri dan tidak mahu tampil memberikan penjelasan.
Sama-sama kita doakan agar hubungan Intan dan tunangnya baik-baik sahaja. Biasalah adat bertunang penuh dengan dugaan dan cabaran yang menguji kekuatan cinta dan kasih sayang. Jangan mudah menyerah dan terus bersabar mempertahankan hubungan yang dibina.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments