#Hiburan: (VIDEO) Aliff Aziz Ditahan Polis, Ganggu Ketenteraman Awam Ketika Mabuk

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia ditahan pihak polis Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi semalam di kawasan Orchard Road.

Walaupun diberikan arahan untuk bertenang dan meleraikan pergaduhan, Aliff yang nafasnya berbau arak enggan memberikan kerjasama terhadap pihak polis dan terus mencetuskan kekecohan.

 

Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

Pada petang semalam, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap dan pada masa yang sama dia cuba menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan. Aliff menjerit-jerit memberitahu bapanya bahawa ada orang sedang memukulnya.

Sumber Berita : mStar Online & Berita Mediacorp 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments