#Hiburan: “Patutlah Malaysia Menang!” – Netizen Terhibur Lihat Penjaga Gol Indonesia Mirip Wajah Mark Adam

Mesti ramai yang seronok hari ini kan sebab kemenangan pasukan Harimau Malaya yang berjaya membenamkan pasukan Indonesia dengan dua jaringan gol!

Dengan kejayaan ini, pasukan kita berjaya naik satu anak tangga ke tempat kedua Kumpulan G bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Hebatnya!

safawi rasid

Walaupun ledakan dua gol daripada Safawi Rasid menjadi sebutan seluruh rakyat tempatan, ada juga cerita lain yang menjadi buah mulut netizen.

Menghiburkan apabila ramai yang mengatakan bahawa penjaga gol pasukan Indonesia, M Ridho mempunyai rupa seiras dengan penyanyi Mark Adam!

penjaga gol indonesia iras mark adam

Makin lawak apabila penyanyi itu turut mengiakan tebakan netizen menerusi respons selamba di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Iyaaa itu betul saya, saya bagi bola masuk tuk HARIMAU MALAYA taniah ??????

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Kebanyakan rakyat Malaysia terhibur sungguh apabila melihatkan respons Mark Adam yang mengakui bahawa dia menjadi penjaga gol bagi memberi peluang untuk Harimau Malaysia memboloskan gol dengan mudah.

Patutlah Malaysia menang semalam! Rupanya Mark Adam yang jaga gol untuk pasukan Indonesia.

Sumber: LobakMerah


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments