Malaysia: Tak perlu isytihar harta makin susut, kata bekas MB Mohamad Hasan

Calon Barisan Nasional bagi pilhan raya kecil Rantau, Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk mengisytiharkan harta kerana beliau bukan lagi menteri besar Negeri Sembilan.

“Saya setiap penggal semasa dalam kerajaan BN isytihar harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pergilah semak dengan mereka. Setiap tahun saya kena isytihar harta, bukan saja-saja jadi menteri besar.

“Sekarang saya sudah tidak jadi menteri besar, tak pegang jawatan, tidak perlu isytihar harta. Lagipun, harta saya makin lama makin susut, tidak bertambah.

“Saya terpaksa jual rumah, jual kereta dan jual tanah untuk kurangkan komitmen kerana tidak ada pendapatan, cuma pencen saja,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama BN hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan Mohamad kenapa tidak mengisytiharkan harta berbanding calon Pakatan Harapan, Dr S Streram dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang sudah berbuat demikian.

Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau tidak nampak relevan mengisytiharkan harta dengan PRK Rantau.

“Apa yang hendak dibuktikan? Tapi, bagi pihak sana (PH), pengisytiharan harta itu perlu kerana mereka sudah jadi kerajaan.

“Macam Saifuddin itu perlu sebab dia menteri, tapi kalau Streram nak isytihar harta dia untuk apa? Tiada keperluan pun,” katanya.

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Tak perlu isytihar harta makin susut, kata bekas MB Mohamad Hasan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments