Malaysia: Peguam Negara akan buktikan belanja butik Chanel Hawaii, ubah suai rumah

Najib Razak hari ini 3, April dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 7 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Perbicaraan beliau bermula secara rasmi dengan Peguam Negara, Tommy Thomas membacakan kenyataan pembukaan kes pendakwa raya.

Bekas perdana menteri itu, yang tiba di mahkamah dengan sut biru gelap dan tali leher sedondon, dikenakan 3 tuduhan pecah amanah dan 1 tuduhan salah guna kuasa berkenaan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International bernilai RM42 juta.

Bekas presiden Umno itu juga dikenakan 3 tuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah yang sama hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Pendengaran jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd yang bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini Najib diwakili pasukan pembelaan diketuai peguam jenayah terkemuka Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam ucapan pembukaannya, Thomas memperincikan insiden yang Najib didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram.Ia melibatkan transaksi melibatkan akaun Ambank beliau dan pemindahan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).

Thomas juga berkata mereka juga akan membuktikan bahawa pada Disember 2014, kad kredit telah dicaj AS$130,625 untuk perbelanjaan kedai fesyen eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat (AS).

Katanya cek peribadi juga dikeluarkan untuk, antaranya, kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya di Kuala Lumpur dan Pekan Pahang, serta cek untuk parti-parti komponen BN.

Pihak pendakwaan kemudian memanggil saksi pertama, Muhamad Akmaludin Abdullah yang bertugas sebagai penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mohd Akmaludin memberitahu dia menerima permohonan SPRM untuk menyemak rekod tiga buah syarikat, iaitu SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.

Dia kemudian mendedahkan butiran syarikat berkenaan kepada mahkamah. – Bersambung…

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Peguam Negara akan buktikan belanja butik Chanel Hawaii, ubah suai rumah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments