Presiden PKR Anwar Ibrahim berpendapat penyiaran secara langsung kes perbicaraan mahkamah bekas perdana menteri Najib Razak memberi kebaikan.
Anwar dipetik Sinar Harian berkata, dengan siaran langsung itu rakyat dapat mengetahui jumlah wang negara yang telah “dirompak”.
“Perkara ini saya serah kepada mahkamah sama ada disiarkan secara langsung ataupun tidak.
“Selama ini tidak pernah berlaku.
“Ada baik supaya rakyat tahu berapa banyak wang di negara ini dirompak,” katanya lapor Sinar Harian.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bimbang perbicaraan kes Najib yang dijadual bermula 3 April ini bertukar menjadi “persembahan sarkas” sekiranya disiarkan secara langsung.
Cadangan itu turut disokong oleh Najib yang merasakan ia akan membantu perbicaraannya berjalan dengan telus dan mematuhi kedaulatan undang-undang.
Najib kini berdepan 42 tuduhan jenayah. Daripada jumlah itu, 10 tuduhan berhubung SRC International, bekas syarikat subsidiari 1MDB.
Tuduhan itu termasuklah tiga dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta, pecah amanah, dan penyalahgunaan kuasa.
Pada 8 Feb lalu, pihak pendakwaan menambah tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib melibatkan dana RM47 juta yang didakwa diterimanya pada 8 Julai 2014.
Najib juga akan berdepan dakwaan berhubung 1MDB pertengahan bulan depan.
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Anwar: Siaran langsung boleh tahu wang negara yang “dirompak” appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments