Umum mengetahui pelakon jelita, Bella Dally sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Ahad lalu di Putrajaya.
Sebelum ini, Bella pernah berkahwin dengan Nazim Othman, namun selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka membuat keputusan untuk bercerai pada Mei 2018.
Ketika ditanya mengenai perkahwinan Bella, Nazim mengakui terkesan dengan pernikahan bekas isterinya itu.
Ini perkara yang orang luar tidak tahu. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar. Malah, saya tidak ‘wish’ pun di sosial media. Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya yang pernah diluahkan padanya depan-depan.
Sejujurnya, saya masih terkesan lagi. Saya akui perkara ini. Sedikit sebanyak masih ada. Terkesan sebab kenapa tidak pertahankan dan tidak kuat. Saya marah dan rasa ralat pada diri. Dalam beberapa bulan selepas bercerai, saya ‘down’. Kemudian saya kembali okey selepas maafkan diri sendiri.
Nazim turut mendedahkan bekas isterinya itu ada menjemput beliau ke majlis resepsi dalam nada bergurau. Walaubagaimanapun, kata Nazim, jika Bella betul-betul mengajaknya sekalipun beliau tidak akan hadir ke majlis tersebut demi menjaga hati dan menghormati banyak pihak.
Bella ada jemput ke majlis, tapi dalam nada bergurau. Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi kerana menghormati banyak pihak. Meskipun pada hakikat antara kami tidak ada sebarang masalah. Malah, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua masih baik dan masih berhubung.
Bagaimanapun, Nazim tetap mendoakan agar perkahwinan bekas isterinya kekal sehingga ke jannah dah dilimpahi kebahagiaan.
Kredit Foto : Iskandar Zulkarnain & Project Two-Pi
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments