Nampaknya, pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura masih lagi hangat dan disukai ramai apabila mereka berjaya mengungguli anugerah Couple MeleTOP pada malam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung semalam.
Bagaimanapun, ketidakhadiran pasangan ini pada malam AME 2019 dipersoalkan oleh netizen sehingga timbul pelbagai spekulasi termasuklah mengaitkan kembali isu tidak mahu bertemu dengan hos program tersebut Neelofa.
Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa bengang dan menganggap pasangan tersebut seakan tidak menghargai segala sokongan peminat yang selama ini bertungkus-lumus mengundi mereka. Apa salahnya untuk bersikap profesional dan hadir di AME 2019 sebagai tanda penghargaan buat peminat atas kemenangan yang diraih?
Pelbagai juga kritikan yang dilemparkan kepada Fattah dan Fazura, namun kita fikir positif sahaja. Mungkin mereka sibuk dengan kerja? Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments