Sebelum ini, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman pernah mencetuskan kontroversi gara-gara berkongsi perbelanjaan bulanan di Tiktok. Kasih Iris Leona walau bagaimanapun telah memohon maaf dan mengakui tindakannya itu tidak sensitif dengan situasi semasa.
BACA: Selepas Dikritik Tayang Perbelanjaan Bulanan, Leona Anak Azhar Sulaiman Tampil Mohon Maaf
Terbaru, Leona sekali lagi mendapat perhatian selepas memuat naik sekeping gambar di Twitter. Netizen berpendapat gaya tersebut terlalu seksi dan terdedah di bahagian dada. Selain Leona, ibu bapanya turut terkena tempias apabila dihentam tidak tahu menegur anak.
my new hair pic.twitter.com/iAJlFTuYGk
— leona (@kasihirisleona) March 6, 2021
Di Facebook, Azhar Sulaiman dilihat memberi respon kepada teguran yang dibuat netizen. Dengan ringkas dia bertanya, ‘you ada anak?’.
Tulisnya lagi, kekuatan iman seseorang tidak boleh dinilai melalui pakaian semata-mata. Dia berpendapat setiap daripada kita mempunyai bahagian dan ujian masing-masing.
The post ‘You Ada Anak?’ – Respon Azhar Sulaiman Bila Anak Dikecam Terlalu Seksi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments