Selepas beberapa hari didesak oleh rakyat untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab ke atas kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta, usahawan Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar tampil bersuara.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pasangan itu, mereka memohon maaf di atas kontroversi yang menjejaskan Khazanah dan PNB.
Vivy dan Fadza juga turut melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Tambahnya, kegagalan berpunca daripada tindakan mereka yang membuat pelaburan terlalu banyak ke dalam sistem teknologi dan memperbesarkan pasukan dengan terlalu cepat.
Kami cuba sedaya upaya menjimatkan perbelanjaan untuk menjaga aliran tunai termasuk menutup platform e-dagang namun keadaan terus meruncing.
Selain itu, pembukaan terlalu banyak kedai runcit fizikal selepas menjangkakan kemajuan berterusan namun menerima tamparan hebat semasa pandemik melanda, juga menjadi punca kegagalan terbabit.
Banyak perkara yang kami mahu ubah jika boleh, banyak faktor lain kami harap kami pertimbangkan sebelum mengembangkan perniagaan ini.
Mereka (PNB dan Khazanah) sentiasa bertindak secara profesional dan dalam kepentingan terbaik organisasi masing-masing.
Dalam pada itu, mereka berharap kekecewaan akibat kegagalan ini tidak menjadi penghalang dan Khazanah serta PNB akan terus menyokong usahawan tempatan lain.
Kami akan bertanggungjawab atas kegagalan pelaburan ini. Sebagai pihak yang mengurus syarikat, tanggungjawab ini terletak pada kami dan hakikatnya kami sudah mengecewakan pelabur.
The post Kerugian RM43.9 Juta, Vivy Yusof & Fadza Anuar Mohon Maaf & Lepaskan Jawatan Dalam FashionValet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments