Baru sahaja melansungkan perkahwinan 18 Februari lalu, Hannah Delisha mendapat perhatian selepas ibunya memuat naik hantaran kata-kata puitis berbentuk luahan perasaan dengan tanda pagar #IbuTidakRestu. Perkara ini mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai rumah tangga yang baru dibina itu.
BACA: Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen
Ibu mentua, Mariana Yati menerusi Instagram dilihat turut memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan bersama kapsyen mendoakan agar pasangan itu kekal sehingga ke syurga. Dia memohon agar Imam Shah dan Hannah teruskan bersabar.
BACA: ‘Syurga-Mu Merestuimu, Anakku’ – Ibu Mentua Mohon Hannah Delisha & Suami Bersabar
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kehadiran pelakon, Eleena Sui di majlis pernikahan yang diadakan di Singapura itu. Memetik laporan portal mStar, Eleena Sui didakwa pernah berkongsi foto memakai baju yang sama dengan latar belakang pelamin seperti yang dikongsi ibu mentua Hannah Delisha. Apa yang menjadi tanda tanya adalah foto yang dimuat naik Eleena Sui bertarikh 19 Februari 2020.
Dakwaan ini sekali gus menjadi tanda tanya orang ramai mengenai tarikh sebenar pernikahan pelakon cantik ini. Netizen turut membanjiri bahagian komen di foto Eleena Sui memohon penjelasan mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan tersebut.
The post Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments